08 January 2014

Skin care review: Organic Aid Vitamin E Moisturizer Cream

Assalamualaikum

Ohhh, lamenye aku x update blog. Berhabuk dah blog ni. Tapi x pe la kan, x sape kisah pun. hehe.

Sejak aku keje kat Giant Muar, duduk bawah aircond 48 jam, I noticed that my already dry skin menjadi semakin kering, dan mula mengelupas. 

Beberapa minggu kemudian, aku perasan sesuatu kat bawah mata aku.

Lines.

I'm in my early 20's and I have small lines under my eyes! This is unacceptable!

My traitor skin doesn't stop at that. Kulit aku yg mengelupas mula keluar jerawat batu, lebih2 lagi bahagian dagu. GAHHH. As if I'm not humiliated enough!!

So aku mula stalk blog skin care utk cari produk untuk melembapkan kulit. Ramai yang cakap produk ni bagus untuk melembapkan dan menghilangkan kesan jerawat, so aku pun cuba.

Inilah produknye

gambar dapat kat google, sebab aku malas nk upload gambar sendiri.
Produk: Organic Aid Vitamin E Moisturizer Cream
Harga: Rm 16 (28 gram) / RM 30 (110 gram)
Availability: Guardian and Watsons

Ingredient
Ade paraben dalam ingredient nye. Untuk korang yg kulit sensitif, mungkin perlu berhati2 ye. Paraben dikatekan agak berbahaye untuk kulit, so aku pun teragak2 nk cuba sebenarnye. Tapi sebab dah di brainwash oleh review blog2 ternama (dan sebab harga yg x berape mahal) aku cuba jgk akhirnya. 

Aku dah guna habis satu botol yg 28 gram. Texturenye agak thick, but I admit this product blends really well. Cepat menyerap. X sempat nk urut sekitar muka, dah serap. 

Tapi x sesuai dengan aku yg memang jenis dry dari zaman azali lagi.

Kalau muka korang jenis combination (oily bahagian T-zone, kering bahagian pipi), memang sesuai. Tapi untuk kulit mengelupas macam aku, x membantu sangat. Bila aku pkai krim ni, kulit aku memang lembut, tapi lepas cuci muka, mengelupas balik. Lagi teruk jadinye. 

Dengan kata lain, krim ni tak merawat kulit kering, cume menyorokkan je. Kire macam concealer jenis pelembap la. 

Lagi satu, korang kene aware that this cream block your pores. That's why this cream is suitable for night use only. Agak berat untuk digunekan waktu siang, sebab kulit muka akan cepat berpeluh dan gatal. Kalau korang rase nk try jugak produk ni, aku syorkan korang guna krim Organic Aid ni waktu malam, dan krim lain waktu siang.

Secara conclusionnye... Produk ni x membantu masalah kulit mengelupas aku. Tapi kesan jerawat memang cepat hilang sebab kandungan vitamin E yg tinggi dalam krim ni

Will I repurchase? No, because it didn't help my skin problem.

Krim ni sesuai untuk jenis kulit combination dan oily, dan utk night use only. X sesuai untuk kulit yg sangat kering.

27 April 2013

Dr. House atau Hugh Laurie, seorang pelakon

Assalamualaikum.

Baru2 ni aku stalk bace blog si Nabila, dan ade satu post dia pasal Hugh Laurie.

Hugh Laurie sangat terkenal dengan lakonan dia sebagai mad doctor yg selalu win argument dan sangat genius dalam drama series, Dr. House. Aku suke gile cite Dr House ni, walaupun aku x pandai sains.

Korang mesti pernah tgk cite ni kt AXN
Watak Dr. House ni diamainkan oleh Hugh Laurie, orang yg same memainkan watak bapak Stuart Little (macam yg diberitahu blog Nabila).

Tau x, banyak lagi watak yg dia ni pegang?

Bapa Stuart Little yg baik, berbeza ngan Dr. House
Hugh Laurie sebagai Prince George. HAHAHHAHAAA
Hugh Laurie dan Rowan Atkinson (Mr. Bean!) dalam Blackadder. Jangan terkejut!
Jeeves and Wooster. Cube teka mane satu Hugh Laurie? haha
Hahahaa, ni la jadinye kalau Dr House berhenti amik dadah... kikiki
Hugh Laurie sebagai Jasper dalam 101 Dalmatians.
Hahaha. Agak2 watak mane yg nampak paling bercanggah ngan watak Dr. House?

Serius la, kalau aku jumpe Dr House kt movie lain, aku x fikir dia tu Hugh Laurie, aku tetap akan fikir dia Dr. House je. Macam Mr. Bean, x kirela watak ape dia pegang, watak serius ke, watak jahat ke, dia tetap Mr Bean ni hatiku.

same macam pelakon2 ni la

Yg last skali xleh blah, hahaha

Ye la kan, dah name pun pelakon. kene la hayati watak sampai penonton pun pikir itu memang watak diorang dalam real life.

Boleh ke korang bayangkan Lucius Malfoy (Harry Potter) dan Captain Hook (Peter Pan) dilakonkan oleh pelakon yg sama, Jason Isaacs? 

Ini rupa sebenar Jason Isaacs
Ini Captain Hook dari Peter Pan
Ini Lucius Malfoy dari Harry Potter

Walaupun dua2 adalah watak antagonis, kontra antara dua watak memang nampak sangat ketara. Kate pun pelakon, kan?

Kau tengok, aku sebut Harry Potter lagi. X boleh ke kalau sehari x fikir pasal Harry Potter? JK Rowling, ape kau dah buat pade aku?

ok la chiow.