08 April 2011

Setiap yang hidup pasti akan pergi.... Al-Fatihah kepada Cikgu Zainal @ Pak Andak

Rabu 6 April 2011.
Cuaca: Hujan lebat


Zainal bin Atan. Tarikh lahir 4 September 1959.
Dia Pak Andak aku.
Mak aku ckp, dye kawan same maktab dgn cikgu Othman, GPK skola Dato'.


Pak Andak aku pergi meninggalkan kami.

Pak Andak memang da sakit... Mak ckp hati dia rosak. Maybe ni akibat dari merokok kot? Pak Andak memang kuat isap rokok.

dye pernah ajo aku ngan Aini (kawan form 6) kat tusyen Bahasa Melayu mase kitorang darjah 5 dulu. sekrang dia da x ada.... mase cepat sgt berlalu. Pak Andak mula masuk hospital awal taun ni. lepas tu dia asyik kuar masuk hospital je.... sampai awal bulan April aritu, dye pergi hospital pantai kat Melaka sbb nk jumpe pakar.

Ari Rabu aritu, dye bertegas nk blk. dye ckp nk jumpe mak dye (atuk aku). n dye sampai sini (uma atuk) dlm kol 1.30 ptg. dye sempat lg bergurau2 dgn sume org. lepas tu dye mntak tolong ngan ayah aku, dye ckp nk mkn ais krim kacang. ayah aku belikan. dye mkn sampai abis. lepas tu dye asyik tanye jam da pukul berapa.

dlm kul 4, dye rase penat n sakit lain macam. dye suruh mak aku panggil ambulans. dye pun bangun nk tukar baju utk pergi hospital.

tp dye x sempat pergi. tiba2 dye batuk darah, tercungap2 n berhenti bernafas.

atuk rasa2 dada Pak Andak, lepas tu atuk terus menangis.

aku x pnh nampak atuk aku nangis. atuk asyik ckp "kenape ko pergi dulu?"

mak aku pun nangis.

plg aku x sampai hati tgk, Aiman dgn Mak Andak.

Aiman tenung je muka ayah dye, macam x percaya. tp dye baru 8 tahun, mgkin x bape phm lg.

Mak Andak meraung. Mak Andak yg sentiasa nampak bergaya, hari tu meraung terus.

ayah aku dalam berhujan pergi tunggu dpn lorong uma aku, takut ambulan x jumpe jln.

JPA dtg tak lame pastu, tp da lambat...


20 minit pastu baru ambulans sampai.

Pak Andak da takde...

mlm tu, abg aku, lecturer uitm cancel kelas dye n blk muar. Akak aku, jururawat HBP yg start keje kol 9 mlm pun blk Muar. Epi x dpt blk, sbb dye jauh sgt (terengganu). Anip x pegi keje.

Mak Lang (guru) n Pak Lang (Pengetua Sekolah) pun blk Muar, dgn Suhaila n Jabrul. Adibah x dpt blk.

Atikah n Dayah (anak2 Pak Andak) terus blk dr KL, n sampai muo dlm kol 1 pg. Atikah rancang nk blk Jumaat ni, nk tgk ayah dye tp....

Semua org x percaya Pak Andak da xde.

Esoknye, hari pengkebumian, ada ramai cikgu2 sekolah Ismail 2, kwn2 Pak Andak. semua tangisi pemergian Pak Andak. Pak Andak memang baik, suke bergurau n buat sume org suke kat dye.

Aku x sampai ati tgk atuk. Atuk macam da x boleh nk berjalan lag. atuk aku kuat, umur da lebih 70 tahun tp still boleh mencangkul n berkebun. tp ari tu, atuk nampak tua sgt...

Mak Andak kene ade org papah.

Ramai orang dtg, dr orang kampung, kwn2, anak murid, kwn sekerja, sedara-mara termasuklah bekas anak murid Pak Andak yg da berjaya. Jenazah Pak Andak disembahyangkan dua kali keran tempat yg agak sempit.

Pak Andak selamat dikebumikan hari Khamis, Jam 11.30 pg di Tanah Pekuburan Parit Beting.

Pak Andak @ Cikgu Zainal, seorang bapa, seorang guru, seorang adik, seorang abang, seorang anak, seorang suami yg berjaya, taat dan patuh.

Kat Terengganu... aku pun ada ms ni... Pak Andak, Aiman n Mak Andak

Gambar ni aku yg amik, mse rombongan ke Terengganu

Pun aku yg amik.... Pak Andak n Mak Andak

Gambar yg penah buat aku ketawa

Pak Andak n Mak Andak

Cikgu Zainal

Seorang guru BM

Memang the best..

Pak Andak, Aiman n Mak Andak.


Kami semua sayangkan Pak Andak, tp Allah lebih sayangkan Pak Andak.

Semua orang, tlg halalkan mkn minum, harta benda kalau dye x sengaja terambil @ termakan.... maafkan segala salah n silap dye...

Mari sama2 berdoa moga2 rohnya bersama dgn org2 yg soleh.

Al-Fatihah

No comments: