21 August 2011

10 lukisan TERMAHAL dunia

So, tadi mase aku tgk procrastinating boring2, aku browse kt internet, saje tgk2 gambar. Tibe2 aku terjumpe lukisan termahal dunia. As the saying goes, curiosity kills the cat, but in this case, curiosity kills the time, so ak pun tgk la lukisan2 lain yg mahal2. ni la yg aku jumpe~ countdown from 10 to 1

********************************

10

Irises
by Vincent Van Gogh
($105.1 millions)

Irises (1889)
Lukisan ni dikatakan lukisan terakhir Gogh sblm dia bunuh diri pd 1890 akibat tekanan di Auvers sur Oise, France. Macam yg korang sume nampak, lukisan ni x banyak warna terang. Gogh ckp dia dah nk gila dgn warna2 yg terang, so dia lukis lukisan ni. Lukisan ni diinspirasikan dari lukisan jepun "ukiyo-e woodblock prints". Lukisan ni pertame dimiliki oleh kawan Gogh kt France sebelum dia mati. hargenye cume 300 francs je mase tu. Kali terakhir lukisan ni dibeli pd 1990 oleh J. Paul Getty Museum in Los Angeles, sampai sekarang. So kalau agak2 berduit n nk tgk hasil seni seratus tahun lepas, pegi la sane.

******************************

9

Dora Maar Au Chat
by Pablo Picasso
($106.1 millions) 

Dora Maar Au Chat (1941)
 Percaye x, Dora Maar sebenarnye seorang perempuan yg dicintai oleh Picasso. Hubungan diorg bertahan lebih dari satu dekad. Picasso (waktu tu 55 tahun) jatuh cinta dgn Maar (29 tahun). Lukisan ni ade byk maksud tersirat yg masih belum dibongkar. Kenape dia lukis mukanya mcm tu? Kenape ade kucing? Kenape dress mcm tu? Dpt jwb x? hehee... Lukisan ni terakhir dibeli oleh Russian bidder yg x dikenali pd 2006, dan x pernah dilihat lg hingga hari ini.

*********************************

8

Portrait of Joseph Roulin 
by Vincent van Gogh
($107 ++ millions)

Portrait of Joseph Roulin (1889)

 Joseph Roulin adalah kawan baik Van Gogh sendiri yg bekerja sbgai posmen. Lukisan ni sebenarnye salah satu dr series The Roulin Family, yg ada Joseph Roulin, isterinya Augustine Roulin, anak pertama, Armand Roulin, anak kedua Camille Roulin dan anak terakhir Marcelle Roulin.


********************************

 7

Nude, Green Leaves and Bust
by Pablo Picasso
($110.2 millions)

Nude, Green Leaves and Bust (1932)


 Lukisan ni diletakkan secara pameran besar besaran hanya sekali je iaitu pd hari jadi lukisan ni yg ke 80 pd 1961.Lukisan ni salah satu series mistress and muse Marie-Thérèse Walter dr 1932. byk lg lukisan dr series ni tp yg ni paling mahal. sekarang, lukisan ni ade Tate Modern di London bersame2 dgn lukisan Picasso yg lain kt galeri dia sendiri.

****************************

6

Garçon à la pipe
by Pablo Picasso
 ($124.3 millions)

Garçon à la pipe (1905)



Garçon à la pipe ni bahasa Perancis. bahasa Inggerisnya "A Boy With Pipe". Lukisan ni dilukis pd 1905. Ni sebenarnye lukisan minyak. Tak siapa tau kenape Picasso lukis bunga kt kepala lelaki tu, tp khbar2 angin mengatakan Picasso mula2 ingatkan bdk ni perempuan. Budak ni yg hanya dikenali sbg p’tit Louis ( Little Louise) ialah budak yg selalu duduk kt tepi tingkap studio Picasso n tgk dia melukis. Picasso ckp dia sendiri x tau siapa bdk tu. Yg Picasso tau, bile dia tgk belakang, bdk tu mesti ada, kadang2 sehari suntuk budak tu x pegi mana2, sampai la Picasso pindah dr France.


*****************************


5

Bal du moulin de la Galette
by Pierre-Auguste Renoir
( $136.4 millions)

Bal Du Moulin De La Galette (1876)
akhirnya, ade jgk pelukis lain selain Picasso ngan Van Gogh! Lukisan ni diinspirasikan dr hari Ahad biasa kt Moulin De La Galette, Paris. Dlm hujung abad ke 19, setiap hari Ahad org2 bawahan Paris akan pakai cantik2 dan pegi sana utk menari, minum, makan galettes sampai lewat malam. Lukisan ni adalah snapshot dr real life, berdasarkan apa yg dilihat oleh Renoir.

*************************

4

Portrait of Dr. Gachet 
by Vincent van Gogh
($144.1 millions)

Potrait of Dr. Gachet (1907)
Lukisan ni adalah Dr. Gachet, doktor yg jaga Van Gogh dlm bulan2 terakhir dia hidup. Cume lukisan ni je yg berjaye dia hasilkan mase tinggal dgn doktor tu. Theo (abg Van Gigh) hantar dia dgn doktor ni lepas dpt tau dia sakit. Van Gogh penah ckp, doktor ni lg sakit dr dia, tp semangat doktor tu utk hidup xde siapa boleh kalahkan. Doktor ni da byk tolong Van Gogh, n sebagai penghargaan, Van Gogh lukis doktor tu dan ckp selagi lukisan tu wujud, selagi tu org lain akan tau jasa doktor tu pd Van Gogh, sampai hari ni.

*******************

3

Portrait of Adele Bloch-Bauer I 
by Gustav Klimt
($150.2 millions) 

Potrait of Adele Bloch-Bauer I (1907)
 Lukisan ni amik mase 3 tahun utk siap! X byk mklumat aku jumpe psl lukisan ni, selain model nye, Adele dilukis dua kali dlm satu lg lukisan lain. Lukisan ni boleh jumpe kt Neue Galerie si New York City sejak Julai 2006 sampai hari ni.

 ***********************

2

Woman III
by Willem de Kooning
($154.0 millions)



Woman III (1953)
 Lukisan ni la namanya lukisan abstrak ekspresi. Dari tahun 70-an hingga 1994 lukisan ni dipamerkan kt Tehran Museum of Contemporary Art collection, tp selepas muncul org Islam yg mempertahankan agame, lukisan ni x lgi boleh dipamerkan atas sebab peraturan ketat berdasarkan seni visual. Lukisan ni sekrang jd hiasan kt rumah jutawan Steven A. Cohen sejak November 2006.

 *************************


No. 5, 1948
 by Jackson Pollock 
($156.8 millions)

No. 5, 1948 (1948)
 Percaye atau tak, ni la lukisan PALING MAHAL DI DUNIA. Jgn tanye aku, aku pun terkejut. Lukisan ni lukisan abstrak dan selalu bertukar tgn, sbb ramai yg berminat nk beli, menjadikan lukisan ni lukisan termahal pernah dijual kt dunia. Lukisan ni dah jd hiasan dinding rumah David Marinez sejak tahun 2006 lagi. 

**************************

So.. itu la maklumat yg aku jumpe. Kalau aku da kaya, lukisan yg mungkin aku akan beli cume lukisan tempat ke-5 Bal du moulin de la Galette n lukisan tempat ke-6 Garçon à la pipe. Sebab tu je lukisan yg aku paham. Tp rasenye baik aku beli rumah dulu kot... pastu kete, pastu lappy, pastu main saham... hahaa~ yg penting mustahil la lukisan2 tu akan jatuh ke tgn aku. Yg paling aku tak percaye lukisan tempat pertama yg paling mahal tu. Adoi, abstrak sgt, x nampak pape pun! 

Ingat lagi cikgu PS aku, Cikgu Nizam ckp "kalo saya buat lukisan camni, satu sen pun x laku! msuk tong sampah jela!!" hahahaaa!!!!

info2 ni berdasarkan ape yg aku jumpe lepas procrastinating dr buat sejarah browse internet. so kalau ade sesape yg nk betulkan mklumat ni, silekan~
Terime kasih sebab sudi singgah n bace *bows* sile lah komen or shout yer~

No comments: