13 March 2012

Kisah dongeng?

Update blog ni sekejap. nk bagi lagu ni pade seseorang (you know who you are). Stacy, lagu Kisah Dongeng. X tau lagu ape? Xpe, tgk liriknye je.



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Dah tgk video klip? Bagus. Sekarang perasaan aku macam lelaki yg duduk atas kerusi roda tu, x dapat berdiri, terikat dengan ubat, cemburu dengan keteguhan bunga matahari yg mampu berdiri tegak.

Kau tau x, macam ape yg lagu ni cakap, aku memang x seberapa. Aku x secantik akak aku, aku x secantik kawan baik ko tu, aku x berape pandai macam kawan sms ko. sebab tu aku bangge sgt bile ko bagi sikit perhatian pade aku. Attention whore, that's what I am when it comes to you. 

aku mintak maaf la, aku memang x berape suke kalau ko belikan aku barang mahal2. sebab aku xnk jadi pengikis. tapi hati aku tetap sakit bile ko bagi barang tu pade kawan baik ko. mungkin ko xnak membazir, tapi aku tetap sakit hati. aku x phm kenape aku sakit hati, sebab aku yg lepaskan kau.

mungkin salah aku jugak, sebab aku terlalu cemburu, tapi ko kene faham. aku dibesarkan dgn baik oleh mak bpk aku. aku xkan bukak tudung bile keluar, aku xkan peluk lelaki bukan muhrim hanye utk suke2. bukan aku nk ckp kawan baik ko tu jahat, tapi come on la, perempuan mane pun kalau nampak BF dia kene peluk, mesti sakit hati.

aku pun x tau la. mungkin sebab ko orang pertama yg nampak aku sebab aku, bukan sebab rupa aku, hati ko x berubah walaupun lps nampak kwn2 aku yg lagi cantik. ko x menggatal mintak no tepon. ko berusaha sendiri. effort yg ko letak tu yg buat aku susah nk lepaskan ko. dalam hidup aku, lelaki macam ko ni umpama fairy tale. kisah dongeng. x wujud. Dalam hidup akak aku yg cantik, lelaki mcm ko melambak sbb diorg pandang rupa, tapi aku tau ko x pandang rupa (ape yg bgs sgt rupa aku?) ko macam prince. cume perangai x seindah prince fairy tale. hehe.

Love? Besar makne perkataan tu. Care? Of course, I care for all my friends and family. Like? Yes, very much.

Kesimpulannya, aku pun x tau. peribahasa kata 'tepuk dada tanya selera', tp ni x bleh apply pd aku, sbb aku sendiri x tau ape yg aku rase skrg ni.

Jom kawan je lah, kite main surat2 cam mase mule2 kenal dulu? Nak x?


Chiow.